Lamenye tak hupdate...dah lupe dah ape adat2 bloggin, ade ker? Banyak yg dah berlaku sejak dari last aku blog. Baik untuk personal nye update,negara mahupun dunia. Dunia sekarang semua paper tiap2 hari tunjuk kekejaman Israel terhadap orang Islam di Palestin. Memang tinggi survival orang palestin kalau nak dibandingkan dengan orang Islam di sini. Semua ini terjadi semasa US dalam transaksi period untuk pertukaran Presiden. Obama, presiden pertama US yg berkaler pun, hanya mampu memandang sepi isu yang bertaraf kekejaman dunia. Ekomoni US pun masih rapuh dek kerana berpunca dari tabii berhutang rakyat derang, inikan pula Obama masih punya ruang untuk isu Palestin.
Politik tempatan pula, makin menarik jalan ceritanye. Dari bertukar pucuk pimpinan sekelip mata, semalam menteri besar Perak enggan lepaskan jawatan, malam ni berita ada rusuhan minta adakan pengundian semula. Suspen jer tengok berita sekarang, macam goyah pendirian semua orang dalam politik ni. Macam mane pemimpin sekarang layak dipanggil pemimpin? Takpe, kite serahkan pada yang berkuasa, diri sendiri pun kadang2 terbabas memimpin diri inikan pula nak judge tanggungjawab orang laen, harapnya pemimpin2 malaysia ni petah menjawab soalan di akhirat kelak sama macam petahnye derang dalam parlimen mahupun menifesto..aminn aku doakan. Bile kite tengok macam ade salah silap orang laen, kalau tak boleh tegur, tegur dalam hati, sambil doakan agar mane yang leka akan tersedar, dan jugak muhasabah diri sendiri. Sebab, diri sendiri pun kadang2 leka kutuk orang, dah kena potong amalan, sambil sedekah pahala kat orang yang kena kutuk tu.
Patut lah kadang2 kite tengok orang yang kena kutuk tu makin rancak je kesenangan derang, sebab terus dapat pahala yang kite kutuk kat derang. Kite plak bile dapat musibah tak pandai nak simpan hikmahnye untuk diri sendiri, asyik nak salahkan keadaan. rugi jugak lah kalau ditambah tolak semua tu. Gerun lagi kalau dipikir banyak2 hasil hisab, tu baru self evaluation belum di akhirat kelak.
Ingatkan sembahyang 5 waktu, mengaji jarang2, sedekah kadang2 tu macam dah confident la ditimbang nanti masuk syurga. Aduh...banyak dosa yang terselit,terlepas, ter tak ingat, terbuat dan macam2 ter lagi. Mane boleh lepas cmtu jer, audit kat akhirat tengok semua tu. Tu lah kadang2 sesiapa yang nampak senario trend amalan ni, derang cepat2 cari jalan penyelesaian. Selain jaga hati, akhlak dan sahsiah., kite cubelah cari amalan yang pahalanye berjalan sepanjang zaman. Derma buat masjib ker, derma rumah anak yatim ker, jadi pendakwah ker. Semua ummat islam boleh berdakwah, tak semestinye pendakwah jer. Tanggungjawab berdakwah tu jatuh pada semua ummat nabi akhir zaman ni.
Aku hanya insan biasa, tiadalah pandai mana, cume sekadar terdetik di hati aku catitkan untuk tatapan sendiri kelak. Untuk pengetahuan diri sendiri, hari ni genap 11 minggu umur baby dalam perut ni. Tak sabar ummi nak tengok baby ni keluar. Mabuk anak pertama ni, memang teruk untuk aku. Sabar dan soa je lah sekarang yang aku mampu, mujurlah ade suami yang memahami dan sabar, rakan2 yang selalu temankan aku makan kat opis, ummi dan mak yang tak jemu bagi tips, siap derang borak panjang sesame sendiri cerite balik pengalaman masing2. Semua tu penguat untuk aku tempuh kemabukan yang mengganas ni.
Oklah, nak stop,tapi nak letak gambar scan ari tu, cume tak de lagi softcopy dalam laptop ni. Later2 lah yer..salam
January 10, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)