October 23, 2007

Gangsters in Paradise

Tetiber teringat kat kawan2 ku yang dahlame tak jumper...teringat kat Tioman...
Idea asal yang disuarakan oleh dak2 rumah no29 dan di sokong kuat oleh pakatan bersekutu ini telah berjaya direalisasikan. Aku secara tak sengaja telah dilantik menjadi Project Manager merangkap setiausaha dan tugas2 kecil lain yang termampu. AJK lain dilantik berdasarkan kreadibiliti yang terbaik.

Siapa sangka ceria sebelum bertolak terpaksa kami telan dengan keputusan Mc Yue yang menarik diri atas sebab yang tak dapat kami pujuk…Mc Yue terpaksa pulang ke Kelantan pada malam yang sama kami bertolak ke Mersing, dan dari Gang of 14 bertukar menjadi The 13th Warriors cume version perempuan without the Antonio Banderas.

Saat menaiki speed boat dari jeti Mersing ke pulau amatlah teruja.Bot terumbang ambing membelah ombak deras, nakhoda yang tampak cool jerk dengan tangkas mengemudi .Kami melepasi 6 pulau dan dari jauh nampak awan mendung nenutupi persekitaran bagai kan pirates of carribean
Bimbang juga kalau tetibe muncul Black Pearl di tengah2 laut tu…kami tak der barang beharga nak kasi sekadar nasi lemak bungkus yang kami tapau untuk lunch di pulau nanti.

Tak perlulah aku cerita tentang betapa chantek nyer pantai di sana,pasir yang halus keemasan,laut yang biru mengikut ton warna yang indah, kelibat ikan di dasar yang berenang riang, ditambah lagi untuk menghiasi persisiran dengan bot2 kecil nelayan,awek mat salleh naked berjemur pun ade..tercemar lah sikit pandangan mata.

Lepas check in ngn Abg Roma yang kami sangka Kuman,terus membuka tapau lunch walaupun time tu baru pukul 10 pagi..ahaks,lapar siot. Get a nap cat dalam bilik air cond pastu kami bagaikan duyung2 kami pergi snorkeling.

Esoknye, kami bersiap2 untuk snorkel mengelilingi pulau.Trip 4 jam yang besttt….dan ini adalah catitan dari salah seorang member persatuan:

“it is hard for me to forget the feeling of swimming like a fish among the school of fishes, fed them straight from my palm, which I could feel the tilting of the water around me as the fish dashing from all direction to the biscuit in my palm.
I make use of every second from the snorkeling trip to explore the underwater paradise that took us away into the whole different world for almost straight 4 hour. What make it more fun was watching those kiddos struggling with all their might to swim back to the boat thru the quite turbulence waves. Azza had lost her balance and bumped to the body boat, cut her arms and got some bruises at the some other part of the body, which I should not mention. Still, the scar from the incident is there on her skin and considers she got herself a permanent souvenir from the island.
Others manage to swim back to the boat safely after hanging to the tangled ropes hurled by Ana like a cowboy from the boat. It was hilarious when we try to recall what was happened that day and by looking at the photo taken it gives us more to laugh and to talk about.
Erliz n En got strikes by seasick badly, which we could smell the nasi lemak odor after Erliz throw out everything in her tummy.Pijan cut her arms from her minor fight with the coral undersea. She and iela went for a more adventures with a big Oxigen tank at their back, ventures deep down to the ocean bed where more beautiful corals lay peacefully awaits to be discovered by the divers.”

(Haaa….ulasan macam pelancong tuu..)Hasilnye petang tu lepas snorkel kami kepenatan dan sume tido macam tanak bangun langsung dahh..Aku plak macam tak leh tido sangat…asal tutup mate jer nampak ikan, tutup mate jer nampak batu karang, silap2 aku tutup mate lagi sekali nampak Salleh Yaacob?

Sepanjang dok kat sini..rase macam bukan kat Malaysia, sbb populasi pelancong lagi ramai dari penduduk tempatan. Sauasana pantai ala2 Hawaii dek kerana cara hidup orang pantai,lagu2 seperti air supply, scorpion, deep purple yang memenuhi ruang udara. Cafe2 tepi pantai kat sini plak decoration ala2 cocktail bar.

Kami sempat juga berkenalan dengan seorang divers dari US, Sarah name nye….ni sume Iela punye pasal laa…ramah sangat…ehehehe lagipun kami kesian tgk die sorang2 so kami ajak borak laa…lagi pun ini kan tahun melawat Malaysia 07.

Maka begitulah percutian kami seadanya. Aku pulang membawa kenangan dan muka yang burn dan rosak. Akibat dari allergic dengan sunblock muke ku…aduss…rasenye macam nak bertapa kat gua Niah jer. Tapi takper lah…itu tetap tidak melunturkan semangat ku untuk bercuti di pulau lagi…Muahhhh untuk gang of 13