Esok aku kena prepare mental dan emosi untuk ke Sg Buloh,mane lah tau sesat di tengah,tepi atau belakang jalan. Dan biasenye bile tahap kesesatan yang nyata tu ditambah lagi dengan jam maka tak lain dan tak bukan telinga Angah laa jadi mangsa,terpaksa mendengar bebelan yang tak berkesudahan...rasanya die lebih rela dengar hon keta dari terperangkap dalam leteran aku.
DAM,sejak dua menjak ni aku kesian kt DAM. Sebab dalam banyak2 keganasan dan penganiayaan yang aku "ter" salah laku, ada satu yang memang unforgiven. Merempoh divider mase nk masuk parking Midv. Aduh! SaliDAM...bagaikan nak menitis air mataku bile dengar bunyi GEDEGUNG...aku ulang GEDEGUNG yang amat kuat...mungkin sebab gema...tapi,tidak dinafikan kepucatan muke DAM selepas tu ditambah lagi sbb dah 2 minggu tak basuh.
Aku berjanji selepas ni.DAM, tidak akan lagi ku terjun lobang,tidak akan lagi ku seret bumper...sbb sumer itu akan membawa parah lagi kepada absorbermu yang mmg tengah parah. Akan aku bawa mu untuk treatment facial setiap minggu, akan ku hantar untuk medical checkup supaya organ dalaman seperti piston,rod bearing etc. sentiasa sehat dan ditukar bile cukup lifetime nyer supaya proses pembakaran berlaku tanpa leaking dan compression yang power untuk combustion dan akhirnya perjalanan enjin yang smooth dan selamat(pergh..mana aku dapat name2 ni sumer? itulah hasil nyer kalau asyik terdrag dalam masalah keta breakdown).

Aku pun tak taulah, nasib malang natasha ke yang aku bawak sbb selalu sangat orang yang dekat ngan aku ade masalah keta. Dari kecik sampai besa...tapi tak baik buat ayat cmtu..kan?KAN?
_hobi baru: belajar enjin keta,pastu enjin lori,pastu enjin bas...tapi skarang masih stuck dekat enjin basikal_