
Bismillah..
Sabtu 14 Ramadhan
Sepanjang dua minggu ini apa yang aku dapat untuk ku recall? Terawikh rongak lagi,sahur setakat ni tak miss lagi,berbuka puasa apatah lagi, majliss berbuka puasa baru dua kali,memasak di dapur setakat ni ok lagi,masih blum ada yang resipi tak jadi walaupun semua menu baru first time cuba (asam pedas dan koktail).
Dalam dua minggu ni juga aku berjaya menyelesaikan satu missi,missi yang di execute last minit,missi yang bersiko dan rewardnya..
1) dua hari makan buffet
2) dua hari makan rojak buah mase moreh
3) terawikh di balaisah kg pangkal kala
Semuanya bermula apabila semua ahli rumah demam termasuklah farah yang bakal menduduki PMR lagi 2 hari. Tergetik2 aku ingin pulang tapi kusut memikirkan bagaimana cara untuk menyusun jadual pergi balik dengan kekangan masa yang hanya hujung minggu.
Tiada cara dan waktu yang sesuai mampu aku aturkan dengan jadual Bas express. Maka kami adik beradik tekad untuk menunggang DAM tengahari Jumaat
Bertolak kami agak lambat kerana lecturer Yus tetibe moody dan kelas abis lambat,akibatnyer sepanjang perjalanan kami salahkan Yus…ehehehee..saje jer sakat die kasi die pressure kalau tak die bantai tido dalam keta.

Traffic agak lancar, pukul 1:00pm kami bertolak dari MMR2 Ampang. Dengan berbekalkan doa abah dan rakan2 kami meluncur dengan harapan untuk sempat berbuka di rumah.
Tidak adalah tempat lain yang kami geruni kecuali bukit tonggek, namun semuanya lancar dan selamat tambahan pula DAM baru jer letak compressor….adelah sikit power..untuk 660 tu.Maka tidaklah kami berhenti melainkan untuk isi minyak dan sembahyang. Sepanjang perjalanan kami sebook mencalculate mase dengan formula untuk menjadi panduan budget masa untuk kami kejar pada sasaran kami iaitu sampai untuk berbuka puasa di rumah.
Average kilometer dari KL ker Kota Bharu: ~ 550 km
Average kelajuan DAM :~ 90km/hour
Budjet masa yang bakal kami tempuh untuk sampai: ~ (60minit/90kmh)x 550km = 6 jam 6 minit.
Oleh itu kami perlu memaintainkan keljuan pada 90 kmh…itu hanyalah pada teori tapi praktikal nya…? Don`t ask.
Kami berjaya sampai betul2 depan rumah selepas 6 minit azan. Ummi agak terkejut sbb missi ini adalah underground pakatan kami dengan abah untuk memberi kezutan pada ummi…seb baik abah genius dalam merancang agar buka puasa ari tu cukup untuk kami. Abah pesan kat ummi untuk masak lebih,mek dan cek su dijemput berbuka dirumah untuk mengaburi mata pihak lawan. Dari appetizer membawa ke main course dan pergi ke dessert,tidak dilupa rojak buah untuk moreh. Sudahnya buka 2 hari kat rumah menjadi ala2 buffet…patutlah semalam timbang berat badan naik 1 kilo.
Perjalanan pulang kami agak suram,sesuram ari tu yang agak mendung…untuk menangkis mood sedih pagi tu, kami bincangkan perancangan balik raya yang tak sampai 3 mminggu lagi..ehehhehe…sambil DAM meluncur menuju ke KL kami tersenyum penuh harapan.
