
Seketul daging yg unik dan abstrak. Menguasai manusia sepenuhnya dengan 1001 perasaan. Tidak akan ada gambaran yang tepat untuk mentafsirkan apa yang dirasai oleh hati. Sekadar gambaran yang umum seperti sedih,gembira atau kecewa.
Kekadang hati boleh menyebabkan kita menangis, ketawa dan sesak nafas.
Kerap kali dalam kehidupan kita bergantung sepenuhnya pada hati untuk membuat keputusan, walaupun jika difikirkan dengan akal keputusan itu bertentangan dengan logic atau tidak wajar. Begitu kuatnya kuasa hati dalam diri kita.
Apa yang aku merepek ni?
Sebenarnya hati ini tetiba teringin untuk menulis. Kerana hati ini tidak tahu apa yang berlaku dan keliru dengan apa yang telah terjadi.
Apa yang terjadi?
Sebenarnya aku sendiri tidak pasti, rinduku, fikiranku, perasaanku semuanya bercampur baur. Ku mencari ketenangan dengan mengadapNya, tapi imanku masih tidak mampu menahan badai ini. Tidak pernah aku sebegini tewas.
Yeww…bila ditenung balik meluat aku dengan diri sendiri. Kenapa aku biarkan diri dihanyut perasaan yang membawa kemurungan pada diri sendiri. Sedangkan aku sentiasa bersemangat dengan hidupku. Ceria dan riang itu sebati dalam diriku. tidak pernah memberi ruang untuk hati ini meratap atau berduka lara.
Aku cuba untuk mengkaji punca kepada tercetusnya serangan hati ini. Semakin hari namun semakin aku buntu. Semakin hari semakin sukar untuk bernafas, semakin aku cuba untuk menarik nafas, semakin berat jantung ini cuba untuk menerima udara yang disedut. Keadaan sekeliling penuh dengan memori yang bagaikan asap menyelubungi segenap ruang. Aku terperangkap dengan diri sendiri, aku sesat dalam fikiranku sendiri.
Penat.
Sesungguhnya aku penat, ingin rasanya ku lepaskan semua rasa yang bertakung dalam hatiku. Biarkan diriku pudar tanpa warna gembira atau sedih. Biarkan hidupku cuma ada satu nada.
Tiada cermin yang mampu memberi imej sebenar keadaan diriku yang sebenar. Aku pejamkan mata pada dunia untuk seketika. Aku cuba mencari pegangan dalam kegelapan, mencari tujuan.
Kubuka mataku, aku lihat dunia dari sudut berbeza. Tetap sama. Pelik? Kenapa tidak ada jalur2 matrik seperti yg Keanu reeves nampak dalam the matrix?
Realiti.
Dunia tidak akan berubah. Hanya kaum itu sendiri yang mampu mengubah nasib kaumnya. Aku terjaga. Aku mengucap. Aku bebaskan diri.
Akhirnya