April 28, 2005

my fist journal

Assalamualaikum....akhirnyer ade mase jugak untuk melakar sesuatu untuk diri sendiri, kekangan masa yg tak berkesudahan membuatkan aku lupa yang sibuk itu akan sentiasa wujud bagi induvidu yg bekerja dan bukanlah alasan yang sebenar alasan untuk mengelak dari mencermin diri walau untuk sedetik cuma...sedar tak sedar hari ini semakin menuju ke penghujung bulan..pantas nya masa belalu tanpa sempat kita membuka mata untuk persekitaran,dengan rutin yang hampir sama setiap hari hinggakan kita mampu untuk berjalan dengan mata tertutup menuju ke pejabat...pantas nya masa hinggakan tak sedar sudah seminggu aku bersama2 dgn adik2 sayangku. sekarang akan menuju ke satu lagi hujung minggu yang terakhir dalam bulan april tahun ini,satu lagi hujung minggu yang penuh dengan aktiviti..masa untuk memecahkan rutin harian yg berantai pada hari2 biasa..tambahan pula dengan ditemani selsema dan batuk membuatkan hari2 berlalu dengan penuh kesengsaraan.inilah akibat nya kalau berenang dan ice skating dalam satu hari..apa apa pun saat dilalu pasti akan menjadi harta yang berharga menjadikan kehidupan ini lebih bermakna..


permatabiru